Home » » Kantoi Berbohong, Tony Pua Patut Dilucutkan dari PAC

Kantoi Berbohong, Tony Pua Patut Dilucutkan dari PAC

Sikap berdolak dalih Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua jelas membuktikan beliau sedang berbohong dan menyembunyikan agendanya sebagai salah seorang ahli komplot menggulingkan kerajaan. 

Walau bagaimanapun, pembongkaran rakaman perbualan melalui aplikasi WhatsApp membuktikan bahawa Pua memang terlibat secara langsung dalam usaha memutarbelit dokumen yang curi Xavier Justo dari Petro Saudi International itu. 

Pada 22 Julai lalu, Tony Pua menafikan beliau mengenali atau pernah mendengar nama Justo sehingga dia tertangkap di Bangkok melalui laman portal pro pembangkang The Malaysian Insider. Pada waktu itu, Pua merasakan dia selamat untuk terus berbohong dan menyembunyikan agenda menggulingkan kerajaan. 

Namun pada 8 September lalu , apabila dokumen pengakuan Justo dan semua rakaman perbualan WhatsApp Justo terbongkar, Pua akhirnya terpaksa mengaku bahawa dia terlibat memperkenalkan broker Justo iaitu Clare Rewcastle-Brown kepada editor The Edge iaitu pihak yang sedia membeli dokumen curi Justo. 

Pembongkaran ini jelas membuktikan Pua semestinya pernah mendengar nama Xavier Justo dan mengetahui bahawa Justo adalah pencuri dokumen Petro Saudi International. Dokumen ini boleh digunakan oleh Pua dan pembangkang untuk memutar belitkan fakta tentang 1MDB sekaligus menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan BN. Inilah misi sebenar Pua. The Edge akan menjadi media utama yang akan menyebarkan dakyah jahat Pua dan pembangkang. 

Tony Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) yang sedang terlibat dengan siasatan keatas 1MDB. Ini memberi 'kelebihan' kepada Pua untuk terus-menerus menipu rakyat dalam siri ceramahnya 'membongkar 1MDB'. Melalui siri ceramahnya, apa yang disampaikan oleh Tony Pua adalah fakta yang diputarbelit dari dokumen curi, tetapi audien pastinya akan mudah terpengaruh kerana beranggapan Pua seorang yang terlibat dalam PAC yang sedang menyiasat 1MDB. 

Maka, bolehkah seorang pembohong dan penipu seperti Tony Pua dibenarkan terus berada dalam Jawatankuasa Kira-Kira (PAC)? 

Tony Pua mesti dilucutkan sebagai ahli PAC dan diambil tindakan mahkamah kerana kini kerajaan telah mempunyai bukti kukuh Tony Pua memang terlibat secara terancang bersama-sama Clare Brown untuk menggulingkan kerajaan. 

Usaha Pua dan pembangkang nampaknya gagal separuh jalan. Oleh kerana itulah kita lihat hari ini pembangkang lebih banyak senyap dari memekak ke hulu ke hilir menjaja isu 1MDB.

0 comments:

Post a Comment